OBJEKTIF SPDP

Mengawal selia pemprosesan data peribadi individu oleh organisasi agar dapat digunakan dalam transaksi komersial dengan penuh integriti, selamat dan tidak disalah gunakan.

FUNGSI SPDP

Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) untuk mengimbangi dan melindungi data peribadi individu dan organisasi dalam transaksi komersial yang lebih berintegriti

ALAMAT JPDP
  • Aras 8, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Pendaftaran


13 Golongan Pengawal Data

Sekiranya anda adalah 13 Golongan Pengawal Data, anda wajib mengemukakan permohonan pendaftaran kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi. Pastikan pendaftaran anda dilengkapkan dengan segera bagi memenuhi kewajipan undang-undang.

Daftar Sekarang Register Now

Lapor Aduan


Salah Guna Data

Anda mendapati data peribadi anda disalah gunakan oleh individu atau organisasi tertentu. Lindungilah hak terhadap data peribadi anda. Kemukakan aduan anda bagi kami menjalankan siasatan.

Lapor Aduan Register Complaint

Pendaftaran


Pegawai Perlindungan Data (DPO)

Anda wajib mendaftarkan Pegawai Perlindungan Data sekiranya pemprosesan melibatkan:

  1. data peribadi melebihi 20,000 bilangan subjek data;
  2. data peribadi sensitif termasuk maklumat kewangan melebihi 10,000 bilangan subjek data; atau
  3. aktiviti yang memerlukan pemantauan berkala dan sistematik.

Pemberitahuan


Pelanggaran Data (DBN)

Sekiranya anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa berlakunya pelanggaran, kehilangan, penyalahgunaan atau akses tanpa kebenaran terhadap data peribadi, sila beritahu kepada Pesuruhjaya.

Pemberitahuan Pesuruhjaya Notify Commissioner

Semak


Status Aduan

Setelah aduan anda diterima, kami terlebih dahulu akan menyemak serta meneliti aduan anda sebelum mendapatkan kelulusan bagi menjalankan sisatan. Anda boleh menyemak status aduan anda disini.

Semak Status Aduan Check Complaint Status

FAQ


Soalan Lazim

Sekiranya terdapat sebarang permasaalahan, anda boleh layarilah pusat pengumpulan soalan lazim disini. Dapatkan penyelesaian dengan segera. Pusat khidmat pelanggan kami juga sentiasa sedia membantu.

Baca Soalan Lazim Read FAQ

  Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(Akta 709)

atau APDP merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.